Penat dan ingin pergi.

Photo by Achraf Alan on Pexels.com

Segala apa yang aku rasa,
Tersekat di dalam dada,
Ingin diluahkan semua,
Hilang rasa dan suara,

Aku kian jauh,
Semakin jatuh,
Menggapai harapan,
Ingin diselamatkan,

Tapi tiada tempat,
Untuk aku berpegang,
Makin hilang semua,
Nafas semakin hilang,

Biarpun aku menjerit,
Menahan sakit perit,
Aku tetap disini,
Penat dan ingin pergi.

Itu semua aku.

Photo by Kelly Lacy on Pexels.com

Saat ketika ini,
Aku diam bersendiri,
Riuh tetap sepi,
Dibelenggu rasa hati,

Duduk diam terpaku,
Badan keras kaku,
Tiada rasa mahu,
Tiada rasa malu,

Usia semakin tua,
Kudrat demikian rupa,
Usahkan rasa kerja,
Hidup tiada perasa,

Ditanya apa punca,
Malas buka cerita,
Hujung pangkal tiada,
Sengaja hendak dilupa,

Mungkin kurang cinta,
Iman di dada,
Bekas parut lama,
Atau kurangnya irama,

Tiada yang tahu,,
Tiada yang mahu,
Tiada yang bantu,
Itu semua aku.

Keredhaan tuhanku

Cuba luangkan masa seketika,
Dongak ke langit lihat luasnya dunia,
Pandang ke bawah masih berpijak di tanah,
Depakan tangan sedar kecilnya kita,

Di cari semut kecil tak berkuasa,
Terserempak rimau buka seribu langkah,
Kenal dengan insan saiz yang sama,
Tapi hakikat hatinya tak serupa,

Percaya juga mampu berubah,
Namun yang dusta itu tetap ada,
Yang bertopeng rupa manusia,
Berhati syaitan masih bersahaja,

Berapa kali tragedi berulang,
Ramai yang tewas di tangan orang,
Bukan setakat parang dan pisau,
Tiupan halus jampi dan santau,

Ah, bodohnya permainan,
Rasa jadi juara dan raja sekalian,
Tak mampu dibalas dengan tangan,
Biar tuhan yang beri pembalasan,

Entahlah sampai bila,
Terhapus semua sengketa,
Penat saudara seagama menjadi mangsa,
Sedangkan yang lain masih terseksa,

Shh..
Cukuplah,
Yang dicari itu,
Hanya satu,

Keredhaan tuhanku.

Jelas aku yang hodoh

Photo by Amir Ghoorchiani on Pexels.com

Ramai yang kata,
Biar dimakan waktu,
Yang sedih, yang pedih,
Memori yang semakin letih,
Diulang lagi dan lagi,

Ada pula yang kata,
Ganti dengan yang baharu,
Barulah hilang duka,
Hilang gelora jiwa,
Penawar kisah lama,

Dah bermacam cara dicuba,
Jangan cakap tentang ikan,
Gigi patah, bunga di taman,
Walau tujuh bilion manusia sekalipun,
Kalau bukan jodoh, jelas aku yang hodoh.

Yang pernah penuh dengan cintamu.

Photo by Posawee Suwannaphati on Pexels.com

Andai kau mahu aku,
Hulurkan telapak tanganku,
Kau akan tahu,
Tiada apa yang aku sembunyikan,

Andai kau mahu aku,
Belah dadaku,
Kau akan tahu,
Hatiku tetap berdegup memanggilmu,

Walau kau telah pergi,
Aku di sini masih sendiri,
Aku tak menunggu,
Apatah lagi berharap,

Mungkin kau ingin tahu,
Kenapa aku tetap begitu,
Ibarat menunggu bulan purnama,
Kembali ke pangkuanku,

Tidak sayang,
Aku hanya bersedih,
Masih diselubungi sendu,
Masih lagi berkabung,

Walau ku cuba cari,
Masih belum sampai,
Penggantimu itu,
Mungkin tiada sebaikmu,

Jangan kau risau dan ragu,
Aku berlapang dada selalu,
Aku bahagia atas kemaafanmu,
Aku doakan hidup baru mu,

Jelas kau tinggalkan bekas dalam diriku,
Yang pernah penuh dengan cintamu.

Hanya kenangan yang indah belaka.

Photo by Luis Quintero on Pexels.com

Aku bukan jenis yang suka bersuara,
Biar luahan aku dari pena,
Semakin dipendam semakin berduka,
Ingin dilepaskan biarkan sempurna,

Tak kisah ini puisi atau lagu,
Anggaplah ini tuangan rindu,
Dari bekas yang pernah berisi dulu,
Kini tinggal bekas perasaan sendu,

Emosiku kelaut setiap hari,
Dari setiap bangun ke setiap mimpi,
Makin sukar dihalang makin kencang,
Makin bergolak besar sukar dihalang,

Aku keliru apa yang harus aku lakukan,
Haruskah aku mendekat untuk penjelasan,
Tapi ini cerita sudah lama,
Berkubur tanpa nisan bersama,

Sudahlah sampai disini sahaja,
Jangan biarkan hatiku merapu menjaja,
Cinta kita sudah tiada makna,
Hanya kenangan yang indah belaka.

Kenapa aku wujud di dunia

Photo by Albin Berlin on Pexels.com

Aku pernah bertanya,
Kenapa aku wujud di dunia,
Sebagai manusia dan bukan binatang,
Yang lebih bebas hidupnya,
Seperti kucing dengan tidurnya,
Seperti burung dengan sayapnya,
Seperti ikan dengan lautannya,

Aku cari jawapan,
Aku dipanggil orang yang berfikir,
Aku menjadi orang yang bertanya,
Aku mengerti darjatnya seorang manusia,

Manusia itu banyak tanggungjawab,
Sesama manusia dan makhluk yang lain,
Menjadi pembela pada yang nyata dan ghaib,

Manusia itu banyak kerenah,
Manusia itu serupa tapi tak sama,
Manusia itu juga tidak sempurna,
Manusia itu penuh dengan sangsi,

Jadi aku ini manusia yang bagaimana?
Adakah aku mampu memilih?
Adakah aku mampu mengubah?
Adakah aku ini mempunyai erti dan makna?

Jawapannya mudah,
Yang penting kau berfikir dan bertanya,
Sebab kau adalah golongan manusia yang sentiasa disebut,
Tak salah kau mencari makna,
Walau penat dan sukar dalam pencarian,
Jawapannya itu ada,

Aku hanyalah hamba.

Apa khabar diriku disana?

pexels-photo-374621

Apa khabar diriku disana?
Adakah masih teringat cerita lama?
Masihkah dibelenggu pengalaman trauma?
Masihkah dikelilingi kisah dan drama?

Makin berfikir makin diam sendiri,
Nampak terukir kerut di dahi,
Andai lama senyap aku bersembunyi,
Aku terbenam dalam ke dalam bumi,

Aku cuba luangkan masa untuk nukilan,
Jauh dari ekor mata-mata insan,
Mereka yang sakit luka tak kelihatan,
Ada pula yang tambah rumitkan simpulan,

Kini aku diam-diam senyap dan sepi,
Ada sang puteri jauh tanpa di sisi,
Mungkin gurauan perasaan timbul ilusi,
Jadi andaian dari malam ke pagi,

Apa khabar diriku di sana?
Adakah masih teringat cerita lama?
Cerita kau dan aku sama,
Tunggu masa khabarku kau terima.

Andai aku pergi nanti, janganlah merindu.

Izinkan aku tulis sebuah puisi,
Tentang rasa sakit yang menikam diri,
Rasanya pedih menusuk ke hati,
Walaupun sepatah kata, isinya kekal bak duri,

Kian lama kian aku cuba,
Singkap inspirasi sembunyi dalam jiwa,
Dalam ku gali masih tetap tak jumpa,
Sampai dalam bukan telaga tapi derita,

Ku perasan bayang-bayang boleh menari,
Bukan ikut tarianku tapi rentak sendiri,
Ku yakinkan yang itu cuma imaginasi,
Aku penipu, ini semua hipokrasi,

Luahan hati ini khas untuk diriku,
Kalau pintar baca tambah irama dan lagu,
Hobi harian bukan sekadar hujung minggu,
Andai aku pergi nanti, janganlah merindu.

Kalau tinggalkan masa itu rugi

assorted silver colored pocket watch lot selective focus photo
Photo by Giallo on Pexels.com

Biarkan berlalu semuanya sudah tentu,
Terguris, terluka dah deras berdarah,
Sesat dan meraba gelabah mencari pintu,
Bertompok hitam setelah hilang arah,

Gelisah dan resah mampat dalam hati merebah,
Pandangan yang luas kini semakin sempit,
Keluar di luar dihiasi senyuman tabah,
Mindanya berangan terbang ibarat pipit,

Kata-kata yang bernas ibarat peluru,
Menusuk ke hati tapi hati itu mati,
Hasratnya cuma satu, hanya ingin berguru,
Masa lapangnya kecut dan nasti,

Apa guna hidup lagi,
Kalau tinggalkan masa itu rugi.